Friday, February 18, 2011

Resepi Kek

Kek Lapis Asam Manis

Bahan:

·       4 biji telur
·       ½ cawan susu pekat
·       1 cawan gula
·       1 cawan mentega
·       Gula asam manis secukupnya(asam bulat keping)
·       Biskut marrie (dikisar halus seperti tepung)
·       2 jenis pewarna

Cara-cara:

·       Pukul sehingga kembang campuran gula dan mentega
·       Masukkan telur, susu pekat dan serbuk marrie, kacau sehingga sebati
·       Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dengan warna yang berlainan
Kukus satu persatu lapis selama 5 minit berselang-seli dengan gula asam manis


Kek Batik





Bahan :

3 1/5  buku butter cup
600g (sekati) biskut mary
½ cawan milo
½ cawan koko
1 cawan gula
1 cawan air 
2 biji telur

Cara buat :
1.     Cairkan butter cup.
2.     Selepas butter cup cair, masukkan gula, air, koko dan milo.
3.     Kemudian masukkan telur yang telah dipukul.
4.     Perlahankan api dan kemudian masukkan biskut serta kacau sehingga sebati.
5.     setelah sebati, masukkan biskut ke dalam bekas acuan. 



Kek Buttercup 







Bahan:


·       3 biji telur ayam
·       1 cawan gula halus
·       1 buku buttercup
·       1½ cawan tepung kek
·       1 sudu kecil esen vanilla
·       Sedikit susu pekat (untuk lembab)

Cara-cara

1. Pukul buttercup dan gula halus
2. Masukkan selang-seli telur ayam dan tepung kek ke dalam bahan tadi
3. Masukkan pula esen vanilla dan kemudian susu pekat
4. Bakar sehingga masak

5 comments:

  1. btoi ka ni...
    besa wt ka...
    ka pkai ltak ja ni...
    huhuhuh

    ReplyDelete
  2. resepi btui la..
    xcye try ler...
    tp pic hiasan jer..hehehe

    ReplyDelete
  3. wt la dlu nk qsa tgok ok ka dk...
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. adan nk wt...
    klu nk rasa mai la raya nanti..
    huhuhu

    ReplyDelete